KATHMANDU 26 April – Pendaki Malaysia yang diselamatkan di Gunung Annapura pada dua hari lalu, dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Chi Wui Kin, 48, dihantar ke hospital menggunakan laluan udara dalam satu operasi berisiko dua hari lalu.
“Tekanan jantung dan suhunya sangat rendah ketika dia dihantar ke hospital. Dia mengalami hiportemia dan radang dingin pada tangan serta kakinya.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Keadaanya kritikal. Kami cuba lakukan apa yang termampu,” kata ahli fizik kecemasan di Hospital Mediciti, Sanij Singh.
Wui Kin tiba di puncak gunung berkenaan pada ketinggian 8,100 meter pada Selasa lalu tetapi gagal kembali ke kem berdekatan. – AFP










