KANGAR 7 April – Niatnya ingin membantu menangkap ular yang memasuki rumah seorang penduduk, namun nasib tidak menyebelahinya apabila dipatuk ular tedung selar ketika cuba menjinakkan reptilia tersebut dalam kejadian di Kampung Belukar, Abi di sini semalam. Akibat kejadian itu, Azri Ahmad, 50, juga seorang penangkap ular kini tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Zon Merah, Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini. Isteri mangsa, Siti Hawa Mahamad, 45,…










