IPOH 29 April – Dewan Pemuda Pas Perak merakamkan ucapan takziah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang kematian ibunya, Datin Zaliha Nordin. Ketuanya, Ahmad Faisal Mohd Puait berkata, pihaknya berharap Ahmad Faizal sabar dan tabah dalam menghadapi kehilangan tersebut. “Kami juga mendoakan agar roh allahyarham ibu Menteri Besar Perak dicucuri rahmat Allah. “Semoga ia ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari…









