Pemprotes ditembak gas pemedih mata di Sudan - Utusan Malaysia

Pemprotes ditembak gas pemedih mata di Sudan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM 9 April – Pihak keselamatan Sudan melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada ribuan pemprotes antikerajaan di luar ibu pejabat tentera di sini, buat malam ketiga.

Menurut saksi dan pemprotes, pihak keselamatan terdiri daripada Perisikan Negara dan Perkhidmatan Keselamatan serta polis rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan pemprotes di situ.

Katanya, tidak dipastikan siapa yang melepaskan tembakan yang mana kedengaran bunyinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pegawai keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata yang tebal hingga kelihatan pemprotes terbatuk dan menutup muka dengan topeng serta tangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini