KUALA LUMPUR 30 April – Peminat selam skuba dipelawa ke Ekspo Selam Skuba Antarabangsa Malaysia (MIDE) yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Pameran bertempat di Dewan Tun Razak (Hall 1), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini menawarkan pelbagai potongan harga bagi pelbagai peralatan dan pakej percutian skuba.
Selain itu, pengunjung berpeluang menghadiri pelbagai acara lain termasuk melihat pameran fotografi bawah air, forum, program pemuliharaan dan latihan selaman di kolam mudah alih.
Memuatkan artikel berkaitan…
Paling menarik, penganjur turut mengumumkan kemunculan pasukan penyelamat skuba yang terlibat dalam misi menyelamat pelajar Thailand yang terperangkap dalam gua pada tahun lalu. -UTUSAN ONLINE











