Pemimpin demonstrasi Sudan seru jutaan rakyat berarak esok - Utusan Malaysia

Pemimpin demonstrasi Sudan seru jutaan rakyat berarak esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM 24 April – Pemimpin-pemimpin demonstrasi Sudan terus memberi tekanan kepada Majlis Tentera dengan menyeru jutaan rakyat berarak menuntut kuasa dikembalikan kepada pentadbiran awam.

Menurut pemimpin kanan Persatuan Profesional Sudan (SPA), Ahmed al-Rabia, mereka meminta jutaan rakyat untuk berarak pada esok.

Beribu orang telah berkem di luar ibu pejabat tentera di Khartoum sejak sebelum bekas Presiden Omar al-Bashir digulingkan dan mereka berjanji tidak akan meninggalkan kawasan sehingga permintaan dipenuhi. – AFP

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini