FRANKFURT 1 April – Seorang pemilik bersama syarikat penerbangan kedua terbesar Rusia terbunuh apabila jet peribadinya terhempas di Jerman. BBC melaporkan, Natalia Fileva yang merupakan antara wanita terkaya di Rusia dan memegang saham utama dalam S7 atau lebih dikenali sebagai Siberia Airlines maut apabila pesawat terbabit terhempas ketika mendarat di lapangan terbang Egelsbach berhampiran Frankfurt. Punca nahas yang turut mengorbankan juruterbang serta seorang lagi penumpang itu masih belum dikenal pasti. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya