IPOH 30 April – Kerajaan negeri Perak akan melakukan pemeriksaan secara rawak tahap kebersihan meja dan pelayan kedai makan di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, A. Sivanesan berkata, ini bagi membudayakan amalan menjaga kebersihan premis berkenaan yang bukan terhad di dapur dan cara penyediaan makanan sahaja. Menurutnya, langkah tersebut juga bertujuan mendidik peniaga agar mengambil berat aspek kebersihan termasuk penampilan pelayan. Beliau berkata, ada dalam…










