KOTA TINGGI 4 April – Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lokman Hakim yang maut dalam kemalangan di Bandar Penawar petang semalam merupakan pelajar contoh. Mohamad Noriman Bastaman, 17; Daing Muhammad Afeeq Mohd. Ateeq-ur Rahman, 16, dan Mohammad Syafawi Zayadi, 17, maut selepas kenderaan dipandu guru mereka, Widyawati Simarani, 46, terlibat dalam kemalangan. Guru Kaunseling sekolah berkenaan, Siti Nazira Kasmen, 46, berkata, kehilangan mereka amat dirasai oleh seluruh warga sekolah.…










