Pembinaan kampus cawangan UPSI Teluk Intan diteruskan - Utusan Malaysia

Pembinaan kampus cawangan UPSI Teluk Intan diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN 24 April – Pembinaan kampus cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Changkat Jong di sini yang sebelum ini dihentikan untuk kajian semula akan diteruskan.

Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming yang mengumumkan perkara itu berkata, beliau mendapat maklumat mengenai perkara itu daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

“Malah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengesahkan projek yang melibatkan kos RM120 juta ini akan diteruskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan satu berita baik setelah dulu kerja-kerja pembinaan kampus UPSI di sini yang melibatkan kos RM120 juta dihentikan untuk kaji semula.

“Malah sebenarnya kerja-kerja pembinaan kampus berkenaan sudah pun bermula,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pasar Besar Teluk Intan di sini hari ini.

Menurutnya, kampus UPSI Teluk Intan terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang dan walaupun Pakatan Harapan (PH) kalah di DUN berkenaan, namun kerajaan tidak meminggirkan mana-mana kawasan.

“PH memenang prinsip mana-mana yang baik kita akan teruskan,” katanya.

Projek pembinaan Kampus UPSI di sini adalah Projek Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang telah dirancang pada 2011.

Semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 2014, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan cawangan UPSI di Teluk Intan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini