Pemandu lori maut terbabas - Utusan Malaysia

Pemandu lori maut terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang pemandu lori meninggal dunia selepas kenderaan dipandunya terbabas dan merempuh sebuah lori tanpa muatan ketika kejadian di Jalan Pekan-Nenasi-Rompin dekat Pekan pukul 6.50 pagi tadi.

Kejadian di Kilometer 32 itu mengorbankan Sharif Saidin, 40, yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan cedera parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Mengulas berhubung kejadian itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, lori jenis Mitsubishi Fuso dipandu mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke Rompin sebelum terbabas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila tiba di tempat kejadian, lori dipandu mangsa telah terbabas dan melanggar bahagian belakang sebuah lori jenis Nissan yang berhenti di bahu jalan,” ujar beliau menerusi kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.

Ujar beliau lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini