Pemandu lemas Perodua Myvi terbabas dalam longkang - Utusan Malaysia

Pemandu lemas Perodua Myvi terbabas dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Seorang pekerja swasta menemui ajal apabila kereta Perodua Myvi yang dipandunya hilang kawalan ketika memotong sebuah lori sebelum terbabas memasuki longkang di Kilometer 61, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam dekat Simpang Renggam di sini pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa, Mohamad Razzi Yahaya, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak keluar dan lemas di dalam longkang terbabit.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisoner Mohd. Abduh Ismail berkata, ketika kejadian, mangsa memandu kereta seorang diri dari arah Simpang Renggam menuju ke arah Kulai di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika melalui jalan tersebut, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika memotong sebuah lori sebelum terbabas dan memasuki ke dalam longkang.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak keluar daripada keretanya dan dipercayai lemas di dalam longkang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini