KUALA KANGSAR 30 April – Seorang pemandu bas maut manakala enam penumpang cedera setelah kenderaan yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler muatan besi di Kilometer 231.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 4.05 pagi itu, lelaki terbabit maut di tempat kejadian manakala enam penumpang iaitu empat orang dewasa dan dua kanak-kanak yang cedera dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, kemalangan berlaku selepas treler dari arah selatan menghala ke utara itu mengubah haluan dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya