LOS ANGELES 27 April – Seorang lelaki California yang sengaja melanggar sekumpulan orang mengakibatkan lapan cedera kerana menganggap mereka merupakan Muslim, menurut polis semalam. Pemandu, Isaiah Peoples berusia 34 tahun dilaporkan menyasarkan kumpulan pejalan kaki berdasarkan penampilan mereka mengikut polis di Sunnyvale berdekatan San Francisco yang mengkategorikan ia sebagai kes ‘jenayah kebencian’. Keselamatan Awam Sunnyvale dalam kenyataan berkata, terdapat bukti baharu bahawa Peoples secara sengaja menyasarkan mangsa-mangsa berdasarkan kaum yang…










