MINGGU lalu, seorang pelancong Malaysia berjaya merakam aksi profesional penyeluk saku di kota Paris, Perancis dan menjadi tular di laman sosial. Jejaka tersebut yang dikenali sebagai Naufal berjaya merakamkan aksi dua orang wanita yang dipercayai merupakan warga tempatan di Paris sedang melakukan jenayah tersebut. Biarpun berada di tempat awam dan pada waktu siang, ia langsung tidak menghalang kedua-dua orang wanita itu melakukan jenayah tersebut. Dalam paparan video yang dikongsi Naufal, dapat dilihat dua wanita berjalan menghampiri mangsanya dan menyeluk ke dalam beg tangan mereka. Aksi tersebut berjaya dirakam oleh kamera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya