Pelajar UiTM tanam pokok rhu - Utusan Malaysia

Pelajar UiTM tanam pokok rhu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 30 April – Seramai 87 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan menanam 700 pokok rhu di Pantai Pulau Kundur di sini hari ini.

Program anjuran Jabatan Perhutanan negeri dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Hussein Onn, UiTM itu diadakan bagi menghijaukan kawasan pesisir pantai itu.

Timbalan Pengarah (Pembangunan) Perhutanan negeri, Hamidi Abdul Halim berkata, ini juga merupakan salah satu langkah untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan penduduk serta rakyat negeri ini mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Banyak kawasan pantai terhakis, jadi kita tanam pokok rhu sebagai zon penampan angin dan menghijaukan kawasan pantai. Pokok yang terbaik untuk mengelakkan hakisan ialah pokok bakau namun pokok bakau ditanam di kawasan berpaya dan di sini kawasannya berpasir, jadi pokok rhu digunakan untuk membaik pulih struktur tanah.

“Program ini mendatangkan kesedaran dengan tanaman pokok bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk tetapi juga alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas Kempen Kesedaran Penanaman Pokok Rhu di Pantai Kundur bersama Pelajar UiTM Kelantan di sini hari ini.

Hamidi berkata, sejak tahun 2008, pihaknya telah menanam lebih 20,000 pokok rokok di kawasan seluas 25 hektar di seluruh negeri ini.

Katannya, penanaman pokok tersebut berjaya memberikan impak bukan sahaja untuk alam sekitar tetapi mewujudkan kawasan pelancongan baharu.

“Lihat Pantai Senok sampai mendapat jolokan Pulau Nami Malaysia disebabkan keindahan pokok rhu yang kita tanam di kawasan tersebut sehingga menjadi tarikan pelancong disebabkan kawasan yang cantik dan nyaman.

“Hakisan di pantai negeri ini agak kritikal sebab itu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membina benting batu di pantai dan kita membantu dengan mengindahkan kawasan tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini