Pelajar Palestin sesak nafas, tentera rejim lontar gas pemedih mata - Utusan Malaysia

Pelajar Palestin sesak nafas, tentera rejim lontar gas pemedih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HEBRON 16 April – Berpuluh-puluh pelajar Palestin mengalami kesukaran bernafas akibat terhidu gas pemedih mata selepas tentera rejim Zionis menyerbu beberapa buah sekolah rendah di daerah Hebron, selatan Tebing Barat yang dijajah Israel, semalam.

Lapor Maan News yang memetik beberapa orang sumber, tentera Israel berulang kali melempar bom gas pemedih mata ke arah pelajar Palestin yang sedang dalam perjalanan ke sekolah mereka.

Berpuluh-puluh pelajar dan guru sesak nafas akibat terhidu gas berkenaan dan dikejarkan ke hospital berhampiran untuk diberikan rawatan perubatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, kakitangan sekolah memaklumkan, tentera Israel dengan senjata berat menggeledah sekolah dan mencetuskan panik dalam kalangan pelajar serta mengganggu sesi persekolahan.

Sekolah terjejas dikenalpasti sebagai Sekolah Rendah Lelaki Hebron, Sekolah Rendah Perempuan Khadija Bint Khuwaylid, Sekolah Lelaki Thou Nourain, Sekolah Perempuan al-Hajiriya dan Sekolah Lelaki Tareq Bin Zayed. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini