KUALA LUMPUR 30 April – Pelajar Kolej Vokasional Gombak (KGV) dekat sini mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya berjaya mementaskan sebuah teater berbentuk ‘psycho-triller’ baru-baru ini. Teater bertajuk ‘Penjuru Empat Karma’ karya seorang pelajar kolej berkenaan, Mohammad Firdaus Kamaruddin, diterajui oleh ahli-ahli kelab teater dan kebudayaan KVG. Menurut pensyarah merangkap penasihat kelab KVG Production, Hasmizul Hisham Ab. Rahman, teater itu bukan sahaja dapat mengetengahkan bakat pelajar tetapi juga melatih…










