KOTA BHARU – Seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun yang sudah setahun bergiat dengan kegiatan pengedaran dadah antara 266 orang yang ditahan dalam Ops Perdana Khas oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bermula 1 April hingga hari ini. Operasi yang dilakukan pasukan Special Tactical Response & Investigation Key Enforcers (Strike) AADK itu dilakukan selama tujuh hari di semua daerah di negeri ini. Pelajar tersebut ditahan semasa menjalankan aktiviti penjualan pil kuda…










