Pelabur asing lari, apa Kerajaan Negeri P. Pinang buat? - Utusan Malaysia

Pelabur asing lari, apa Kerajaan Negeri P. Pinang buat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 10 April – Parti Gerakan melahirkan kebimbangan dengan trend syarikat asing yang meninggalkan negeri ini termasuk memindahkan, mengecil dan menutup operasi kilang masing-masing.

Oh Tong Keong

 

OH TONG KEONG – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Presidennya, Oh Tong Keong berkata, menerusi maklumat yang diperoleh pihaknya, sekurang-kurangnya 10 syarikat elektrik dan elektronik yang berpangkalan di negeri ini akan mengambil langkah tersebut secara berperingkat.

Tambahnya, keadaan itu sangat membimbangkan kerana bukan hanya boleh memberi kesan kepada ekonomi negeri, malah menyebabkan ramai penduduk negeri ini kehilangan pekerjaan.

Sehubungan itu, beliau mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya syarikat pelaburan Invest Penang menjelaskan mengenai usaha-usaha yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

“Apa yang menghairankan kerajaan negeri baru-baru ini mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Penasihat Pelaburan Strategik Pulau Pinang yang membariskan nama-nama besar dalam sektor industry.

“Tetapi mengapa meskipun dengan penubuhan jawatankuasa ini, para pelabur asing tetap memilih untuk meninggalkan negeri ini?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Tong Keong yang juga Pengerusi Gerakan negeri berkata, kerajaan negeri juga perlu merangka pelan untuk membantu pekerja yang terpaksa diberhentikan ekoran penutupan kilang-kilang asing tersebut.

Katanya, mereka yang hilang pekerjaan itu perlu dipastikan mendapat majikan baharu dengan segera bagi mengelak pelbagai masalah sosioekonomi lain yang akan menjejaskan kestabilan negeri ini secara jangka masa panjang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini