LAGOS 26 April – Lelaki bersenjata menculik dua lelaki warga China dari tapak pembinaan di tenggara Nigeria, semalam. Menurut jurucakap polis, Loveth Odah, mangsa tersebut diculik sekumpulan lelaki bersenjata memakai topeng di Ohaozara, Ebonyi. “Kawasan itu dikepung bagi menjejak penculik namun tiada sebarang penemuan. “Satu pasukan penyelamat digerakkan bagi menyelamatkan dua mangsa ini,” katanya. Pada Rabu lalu, empat pekerja kecemasan tempatan diculik ketika balik daripada tugasan di Rivers. Menurut sumber…










