Pegawai daerah disiasat SPRM kes terima rasuah - Utusan Malaysia

Pegawai daerah disiasat SPRM kes terima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Seorang pegawai daerah di negeri ini yang ditahan reman sejak seminggu lalu bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa kini disiasat pula bagi dakwaan meminta dan menerima rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tempoh reman suspek yang berusia 56 tahun tersebut juga dibenarkan dilanjutkan sehingga pukul 5 petang ini oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Mazni Hajar Ghazali di Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata, lelaki tersebut disyaki meminta dan menerima suapan berjumlah RM52,000 sebagai dorongan untuk meluluskan kontrak projek pembangunan sebuah majlis perbandaran di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perbuatan itu disyaki dilakukan suspek sewaktu memegang jawatan Yang Dipertua sebuah majlis perbandaran di negeri ini pada tahun lalu,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Sebelum ini, suspek telah ditahan reman selama seminggu sejak 16 April lalu bagi membantu siasatan salah guna kuasa membabitkan projek pembangunan berjumlah RM266,349,18. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini