IPOH 6 April – Jabatan Imigresen Perak terpaksa memecah pintu besi sebuah pusat karaoke di Bandar Baru Medan Ipoh di sini dalam Ops Bersepadu kerana disyaki menawarkan perkhidmatan seks. Dalam operasi pada pukul 10.30 malam semalam hingga pukul 4 pagi ini, dua premis lain turut diserbu melibatkan sebuah kafe yang dikenali ‘bar korek’ dalam ladang kelapa sawit di Kampung Chui Chak, Langkap serta sebuah restoran tom yam di Kampar. Bertindak…










