KUALA LUMPUR – Bintang karate muda negara, P. Pavithran ‘berputih mata’ untuk menjuarai acara kumite bawah 57 kilogram (kg) Kejuaraan Karate Remaja Asia yang berlangsung di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah hari ini. Harapan atlet berusia 16 tahun itu membawa pulang pingat emas tak kesampaian apabila tewas 0-7 kepada Matsumura Kotetse dalam tempoh enam minit pada aksi final hari ini. Ini adalah kali kedua berturut-turut Pavithran gagal bergelar juara…










