PATI bawa dadah dicekup - Utusan Malaysia

PATI bawa dadah dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Cubaan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sebaik terlihat kelibat polis membongkar penemuan 14 peket dadah jenis heroin dalam kejadian di Jalan Pantai Bagan Teluk Rhu, di sini, Sabtu lalu. 

Penahanan suspek berusia 33 tahun itu dilakukan pukul 7 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, suspek terlebih dahulu dikesan dalam keadaan mencurigakan dengan memakai beg pinggang. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, usaha suspek melarikan diri bagaimanapun gagal selepas dikepung anggota polis. 

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemui 14 peket plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah jenis heroin di dalam beg pinggang dipakai suspek.

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas seberat 17.12 gram bernilai RM500,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Chee Khoon menambah, hasil siasatan awal mendapati suspek telah bergerak aktif sejak setahun lalu dengan mengedar dadah secara kecil-kecilan. 

Ujar beliau, ujian air kencing mendapati suspek positif mengambil dadah jenis Morfin. 

“Suspek kini direman selama 14 hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini