Pasangan ‘House of Horror’ dijatuhi hukuman penjara - Utusan Malaysia

Pasangan ‘House of Horror’ dijatuhi hukuman penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIVERSIDE 20 April – Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara selepas mengaku bersalah mengurung dan melakukan penderaan terhadap 12 daripada 13 anak mereka.

Lapor Channel News Asia, David Allen Turpin, 57 dan isterinya, Louise Anna Turpin, mengaku bersalah terhadap 14 pertuduhan jenayah termasuklah bertindak kejam, mengurung, melakukan penderaan kanak-kanak dan penyeksaan terhadap anak-anak mereka yang berusia tiga hingga 30 tahun.

Mereka akan menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 25 tahun sebelum dibenarkan untuk memohon parol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kes tersebut yang dikenali sebagai ‘House of Horror’ itu menjadi perhatian ramai selepas salah seorang daripada anak pasangan itu melepaskan diri menerusi tingkap dan menelefon pihak berkuasa tempatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini