KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu kerajaan tidak bercadang mengehadkan tempoh seorang penjawat awam memegang satu-satu jawatan dalam usaha mengurangkan kadar keterlibatan rasuah dalam salah guna kuasa dalam kalangan penjawat awam. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin juga berkata, kerajaan berpendirian gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam masih terkawal. “Setakat ini, memang tidak ada satu keputusan mengehadkan tempoh penjawat awam bertugas di satu-satu tempat.…










