LIPIS 4 April – Kerajaan negeri tidak akan tunduk dengan desakan pihak tertentu supaya membatalkan operasi memusnahkan tanah dan kebun haram di Cameron Highlands. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, operasi membanteras penerokaan tanah haram di Cameron Highlands dan juga di daerah lain di negeri ini perlu diteruskan bagi menjaga alam sekitar. Jelasnya, ketegasan itu juga bertujuan mengelakkan ketirisan pendapatan kerajaan negeri hasil daripada pertanian, perlombongan dan…










