GUA MUSANG – Sebanyak 80 poster dan iklan pinjaman wang tidak berlesen atau ‘ah long’ ditanggalkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang dalam satu operasi khas, malam tadi. Operasi yang turut disertai anggota penguatkuasa Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) itu tertumpu di kawasan bandar ini sebagai langkah mencegah orang ramai terpengaruh dengan perkhidmatan tersebut. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, pihaknya…










