MADRID 21 April – Pertahanan Real Madrid, Alvaro Odriozola terpaksa diketepikan untuk menghadapi baki saingan musim ini selepas menjalani pembedahan berikutan mengalami keretakan tulang bahu.
“Alvaro Odriozola selamat dibedah selepas tulang bahu kirinya retak,” kata kelab gergasi Sepanyol itu dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, bos Real, Zinedine Zidane berkata pertahanan kanan itu akan beraksi bersama pasukan hingga tamat musim ini apabila saingan liga tamat pada 19 Mei. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











