KOTA BHARU 26 April – Hati pengawal keselamatan, Elias Zakaria dan isteri Nik Ishazalwani Ismail dari Kampung Alor Melaka, di sini gundah-gulana memikirkan nasib bayi mereka yang berusia sembilan bulan, Nur Fikriyah kerana mengalami masalah kesihatan. Anak bongsu tiga beradik itu dilahirkan dengan kepala besar selain dikesan mengalami masalah kabur penglihatan akibat ‘hydrocephalus’ atau penyakit lebihan cecair dalam otak ketika berusia dua bulan. Akibat masalah itu, pasangan tersebut perlu menyediakan…










