KUALA LUMPUR 26 April – Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi yang bertambah baik di pasaran tunai pendasar. Pada sesi penutup, kontrak April 2019 naik 8.0 mata kepada 1,636.50, Mei 2019 meningkat 6.5 mata kepada 1,632.00, Jun 2019 menokok 7.50 mata kepada 1,632.50 dan September 2019 menambah 6.0 mata kepada 1,629.50. Jumlah dagangan meningkat kepada 30,960…










