PARIS 26 April – Paris Saint-Germain (PSG) menerima suntikan semangat dalam pemburuan Piala Perancis buat kali kelima berturut-turut apabila Neymar dan Edinson Cavani kembali beraksi selepas direhatkan akibat kecederaan untuk beraksi di pentas final kejohanan, esok. Bintang Brazil, Neymar membuat penampilan buat kali pertama sejak 23 Januari ketika bertindak sebagai pemain gantian ketika menewaskan Monaco 3-1, Ahad lalu di mana PSG dinobatkan sebagai juarai Ligue 1 buat kali keenam dalam…










