LONDON 7 April – Crystal Palace mengetepikan sebarang kebimbangan akan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris musim depan selepas bekerja keras untuk menundukkan Newcastle United 1-0 di St James’ Park, hari ini.
Ketua pasukan Eagles, Luka Milivojevic meledak gol tunggal kemenangan menerusi sepakan penalti untuk memastikan Palace melakar kemenangan ke-11 musim ini, sekali gus mengumpul 39 mata – 11 mata dipisahkan dari zon penyingkiran.
Newcastle sebaliknya belum selamat apabila jatuh ke tangga ke-15 dengan 35 mata, namun mereka masih memegang kelebihan selesa tujuh mata di atas pasukan tangga ketiga tercorot, Cardiff City.
Berikut adalah keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung hari ini. – AGENSI
KEPUTUSAN
Huddersfield 1 Leicester City 4
Newcastle 0 Crystal Palace 1
Bournemouth 1 Burnley 3











