LEICESTER 13 April – Kedudukan Newcastle United untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris musim depan semakin selamat selepas jaringan Ayoze Perez memastikan mereka mengalahkan Leicester City 1-0 di tempat lawan, hari ini. Skuad bimbingan Rafael Benitez itu kini menjarakkan diri zon zon bahaya dengan kelebihan 10 mata, berterima kasih kepada tandukan babak pertama Perez di Stadium King Power. Ini adalah kemenangan pertama Newcastle di tempat lawan sejak Disember lalu, sekali…









