KUALA LUMPUR – Nestle (Malaysia) Bhd. (Nestle Malaysia) memperuntukkan perbelanjaan modal sebanyak RM220 juta tahun ini, iaitu satu jumlah pelaburan terbesarnya dalam tempoh lima tahun yang mencerminkan keyakinan syarikat terhadap pasaran domestik. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols berkata, sebahagian besar daripada jumlah tersebut iaitu kira-kira RM100 juta adalah untuk peluasan kilang di Chembong, Negeri Sembilan. Ia bertujuan untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Pengeluaran Milo terbesar di dunia. Jelasnya, projek naik taraf kilang tersebut telah pun bermula dan pihaknya kini dalam proses memasang peralatan. “Kami dijangka boleh mula meningkatkan kapasiti pengeluaran pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya