BATU KAWAN 28 April – Seorang nelayan dikhuatiri hilang setelah dipercayai terjatuh ke dalam laut di sekitar muara Sungai Semilang, di sini hari ini. Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berkata, bot mangsa, Md. Kasim Chat, 65, telah dijumpai oleh rakan-rakan mangsa kira-kira pukul 11 pagi di kawasan muara Sungai Semilang. “Bagaimanapun, mangsa tidak berada di atas bot tersebut. Mangsa dipercayai keluar dari jeti kira-kira pukul 6 pagi,” katanya…










