SEBERANG PERAI – Seorang nelayan tempatan dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh daripada bot ketika menangkap ikan di perairan negeri ini berdekatan muara Sungai Semilang, Batu Kawan di sini hari ini. Mangsa dikenal pasti sebagai Md. Kasim Chat, 65, dilaporkan hilang selepas rakan-rakannya menjumpai bot yang dinaikinya sendirian kira-kira pukul 11 pagi. Jurucakap Maritim Malaysia (APMM) berkata, mangsa didapati tidak terdapat di atas botnya itu selepas keluar menangkap ikan kira-kira pukul…










