Nauraj dan Hup Wei pulang tangan kosong - Utusan Malaysia

Nauraj dan Hup Wei pulang tangan kosong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 April – Harapan untuk melihat jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa dan Lee Hup Wei menamatkan kemarau pingat emas dalam kempen Kejohanan Olahraga Trek dan Padang Asia (ATF) 2019 di Doha, Qatar tidak kesampaian berikutan masing-masing terlepas peluang menaiki podium.

Dalam saingan akhir di Doha menyaksikan Hup Wei menamatkan aksi di tempat keempat dengan catatan 2.26 meter (m) manakala Nauraj di kedudukan keenam dengan catatan 2.23m.

Pingat emas saingan akhir acara berkenaan menjadi milik Majededdin Ghazal dari Syria yang berjaya melepasi lompatan 2.31m manakala atlet Jepun, Takashi Eto di tempat kedua dengan catatan 2.29m.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tempat ketiga menjadi milik Naoto Tobe juga dari Jepun dengan catatan ketinggian 2.26m. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini