KUALA LUMPUR 8 April – Seorang pekebun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong di dalam laman sosial Facebook miliknya bulan lalu. Sharil Mohd. Sarif, 36, yang pertama kali didakwa pada 23 Mac lalu menukar pengakuan kepada bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula ketika sebutan kes hari ini. Bagaimanapun, Hakim M. M. Edwin Paramjothy menetapkan 26 April ini untuk jatuh hukum terhadap…










