HOUSTON, Texas – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) telah mencipta sejenis sayap moden yang membolehkan agensi itu membina sebuah pesawat yang mampu berubah bentuk seperti dalam filem Transformers ketika masih dalam penerbangan. Konsep ‘Transformers’ itu masih dalam peringkat awal tetapi ia membolehkan juruterbang memanipulasi bentuk pesawat bagi memudahkan kawalan dan menjimatkan minyak termasuk ketika mahu berlepas mahupun mendarat. Penyelidik bersama projek tersebut, Nicholas Cramer menjelaskan bahan dalam model sayap baharu itu mempunyai ketumpatan 5.6 kilogram (kg) bagi setiap meter padu berbanding getah yang mempunyai ketumpatan 1,500kg…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya