KUALA LUMPUR 16 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kos baharu pembinaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang kini bernilai RM44 bilion membuktikan projek pengangkutan tersebut tidak digunakan untuk menyelamatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Bekas Perdana Menteri itu menegaskan dakwaan kerajaan PH sebelum ini yang projek itu boleh dibina dengan kos RM29 bilion berbanding RM65 bilion dan bakinya adalah digunakan untuk 1MDB adalah tidak benar…










