IPOH 30 April – Atlet olahraga negara, Muhammad Hakimi Ismail dan pemain boling wanita kebangsaan, Sin Li Jane masing-masing dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati negeri Perak 2017/2018 pada majlis Anugerah Sukan Negeri di sini hari ini. Kemenangan itu membolehkan kedua-duanya masing-masing menerima insentif wang tunai RM7,000 dan piala iringan. Hakimi Ismail yang memenangi pingat emas acara lompat kijang pada Sukan SEA 2017 mengalahkan dua lagi calon iaitu atlet terjun negara,…