MTU-Sekretariat Delta TUDM rangkul Anugerah Media Sosial Malaysia - Utusan Malaysia

MTU-Sekretariat Delta TUDM rangkul Anugerah Media Sosial Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 April – Bahagian Perhubungan Awam Tentera Udara Diraja Malaysia (MTU-Sekretariat Delta TUDM) dinobatkan sebagai penerima anugerah dari Dewan Sosial Media Malaysia pada Malam Anugerah Media Sosial Malaysia Tahun 2019 di sini, semalam.

Anugerah itu disampaikan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Yusmadi Yusoff kepada Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan telah mewakili Panglima Tentera Udara.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikan MTU-Sekretariat Delta TUDM telah merangkul anugerah berkenaan buat kali kedua selepas memenanginya pada tahun 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penilaian bagi penerima anugerah itu dilaksanakan berdasarkan keaktifan penyaluran rencana atau informasi menerusi platform laman sosial iaitu Facebook, Twitter dan Instagram. 


Pertandingan itu diadakan bagi mengiktiraf kecemerlangan agensi kerajaan mahupun swasta yang menggunakan medium media sosial sebagai platform hebahan maklumat kepada umum.

Sebanyak 33 kategori dipertandingkan dalam anugerah tersebut membabitkan penglibatan pencalonan sebanyak 240 agensi.

Penilaian dibuat daripada panel profesional telah mengenal pasti 33 pemenang yang layak bagi setiap kategori dipertandingkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini