KUALA LUMPUR 26 April – Anak syarikat FGV Holdings Berhad, MSM Malaysia Holdings Berhad melaksanakan penghantaran gula bertapis secara pukal cerai dengan mengeksport 7,000 tan dari MSM Johor ke China. Setelah beroperasi sepenuhnya pada November 2018, MSM Johor menyediakan kemudahan bagi MSM Group untuk menyokong permintaan domestik dan meningkatkan lagi jualan eksport pada harga kompetitif berasaskan kedudukannya yang strategik di Pelabuhan Tanjung Langsat. MSM dalam kenyataannya berkata, MSM Johor juga…










