MOA rangka strategi perkasakan petani melalui 5G - Utusan Malaysia

MOA rangka strategi perkasakan petani melalui 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan merangka strategi memperkasa golongan petani supaya kekal relevan dan kompetitif dalam arus teknologi 5G, kata Timbalan Menterinya, Sim Tze Tzin.

Beliau berkata, melalui teknologi 5G, pertanian dapat dijalankan dengan efisien dengan sukatan baja dan air yang betul walaupun berlakunya perubahan cuaca.

“Teknologi 5G juga mampu membantu petani ke arah pertanian pintar yang bukan sahaja meningkatkan produktiviti tetapi juga pendapatan,” katanya kepada media selepas melawat Pameran 5G Malaysia di Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tze Tzin berkata, syarikat e-dagang juga dialu-alukan untuk bekerjasama membantu petani menjual hasil pertanian mereka kerana jualan melalui platform dalam talian dapat meningkatkan pendapatan golongan itu.

“Konsep dan pemikiran petani serta pengguna harus berubah kerana ia penting dalam menerima manfaat daripada teknologi 5G ini nanti,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini