KUALA LUMPUR 26 April 26 – Kerugian bersih Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd. (MMHE) meningkat kepada RM29.36 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2019, daripada RM25.27 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Bagaimanapun, hasil naik kepada RM203.11 juta daripada RM188.3 juta sebelumnya, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
MMHE berkata, kerugian bersih itu adalah disebabkan kerugian operasi yang tinggi daripada segmen kejuruteraan beratnya, terutamanya berikutan overhed tidak diserap tingggi kerana pemberian kontrak yang dijangkakan masih belum menjadi kenyataan.
Sementara itu, hasil daripada segmen tersebut meningkat sebanyak 13 peratus kepada RM125.4 juta daripada RM111.3 juta dalam suku pertama 2018, disebabkan terutamanya kemajuan projek yang sedang dibangunkan dalam suku semasa.
Pada masa hadapan, kumpulan itu berkata ia akan terus berhati-hati dan komited untuk menambah nilai perolehan kontraknya, bukan hanya daripada pasaran domestik tetapi juga pelbagai kawasan geografi. – BERNAMA










