LONDON 19 April – Pemain tengah Liverpool, James Milner percaya pasukannya mampu memberikan tekanan kepada Barcelona dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara pada awal pagi esok di Camp Nou.
Kata Milner, pengalamannya beraksi beberapa kali menentang Barcelona akan dikongsi bersama barisan pemain Liverpool menjelang perlawanan tersebut.
“Saya percaya kami mampu mengatasi Barcelona dalam masa sama sedar ia adalah satu tugas sukar.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Saya telah beraksi di Camp Nou beberapa kali dan saya amat berharap kali ini tuah memihak saya.
“Barca adalah pasukan yang sukar tetapi saya berasakan mereka belum berdepan corak permainan yang digunakan Liverpool,” kata Milner. – AGENSI











