MIHAS 2019 jana jualan lebih RM1.6 bilion - Utusan Malaysia

MIHAS 2019 jana jualan lebih RM1.6 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 April- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2019 mencatatkan jualan lebih daripada RM1.6 bilion meningkat 5.7 peratus berbanding RM1.5 bilion pada edisi 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata, pameran tersebut menjana jualan berjumlah RM987.7 juta manakala Program Penyumberan Antarabangsa (ISP) menyumbang sebanyak RM615.6 juta.

“Peningkatan jualan sebanyak 5.7 peratus pada MIHAS 2019 mengatasi sasaran kami sebanyak tiga peratus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Wan Latiff, syarikat Malaysia mempunyai bahagian perniagaan terbesar mewakili 81 peratus daripada jumlah jualan manakala negara lain yang menyaksikan jualan yang ketara termasuk Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Taiwan.

“Jualan terbesar adalah dari segmen makanan dan minuman (F&B) diikuti kewangan Islam, farmaseutikal dan kosmetik serta minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit,” katanya.

MIHAS 2019 menarik penyertaan paling tinggi dalam sejarahnya dengan lebih 1,000 peserta pameran dari 44 negara termasuk berbanding 800 peserta dari 32 negara pada 2018.

Negara-negara yang baharu menyertai pameran itu seperti Bosnia, Kuwait, Kazakhstan dan Portugal.

Hampir 30,000 pengunjung perdagangan dari 80 negara hadir berbanding 21,000 pengunjung perdagangan pada 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini