Meunier jadi buruan terbaharu United - Utusan Malaysia

Meunier jadi buruan terbaharu United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 26 April – Paris Saint-Germain (PSG) meletakkan tanda harga sebanyak 26 juta pound (RM139 juta) untuk membeli Thomas Meunier pada musim panas ini dengan Manchester United antara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berminat mendapatkan pertahanan tersebut.

United terdesak mencari pertahanan kanan baharu pada musim panas ini dan Meunier antara pemain yang berada dalam radar mereka.

Menurut media tempatan, The Mirror, selain United, Arsenal dan Chelsea juga berminat untuk mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Meunier kerap beraksi bersama PSG pada musim ini hanya mempunyai baki kontrak selama setahun bersama kelab gergasi dari Perancis itu.

Antonio Valencia dijangka meninggalkan United, Meunier mungkin mengisi kekosongan tersebut.

Meunier merupakan sebahagian daripada skuad Belgium ketika mereka menamatkan Piala Dunia 2018 di tempat ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini